PANDANGAN ANDA DIALU-ALUKAN






Mata manusia tidak mampu melihat sesuatu objek dari berbagai sudut dalam satu masa tanpa bantuan. Begitulah juga dengan pemikiran manusia dalam memahami sesuatu isu. Oleh itu mari kita berkongsi pandangan di blog ini. Pandangan yang berbagai memberi ruang kepada kita untuk memahami pemikiran orang lain.


Selasa, 10 Julai 2012

ISU 3: RASUAH BERLELUASA: APA PUNCANYA?


       Ramai orang menyedari rasuah adalah amalan buruk yang dilarang agama. Ia boleh meruntuhkan sesebuah negara. Tetapi malangnya, amalan tersebut semakin bermaharajalela. Beberapa langkah telah diambil samada berbentuk undang-undang mahupun kempen kesedaran. Namun gejala rasuah tidak juga berkurangan. Apakah puncanya perkara ini berlaku?

Isnin, 9 Julai 2012

ISU 2: CIRI-CIRI PERDANA MENTERI IDAMAN?

       Malaysia adalah negara kita. Sebagai warganegara, rakyat, penduduk dan pemilih dalam pilihan raya, apakah ciri-ciri Perdana Menteri yang diidamkan.

ISU 1: ILMU ATAU HARTA?


       Jika anda berkeadaan tidak mempunyai ilmu dan harta. Kemudian anda diberi peluang untuk memilih salah satu daripadanya. Jadi yang mana satu yang anda akan pilih; ilmu atau harta?

PENGENALAN

 Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,     

       Blog ini diterbitkan untuk berkongsi pandangan dengan anda semua mengenai pelbagai isu dalam kehidupan manusia. Anda bebas memberi pandangan, tetapi pengendali blog ini tidak bertanggungjawab dengan pandangan anda itu. Diharapkan pembaca dapat menilai sendiri dengan bijaksana sebarang pandangan yang diberikan.

       Semoga blog ini dapat menjadi medan untuk memahami pendapat orang lain tentang sesuatu isu. Menerusi pendapat yang dikemukakan secara rasional, para pembaca boleh berkongsi manafaat daripadanya.

       Wassalam.